Taufan Michael
Taufan Michael

HAVANA – Taufan Michael membadai bahagian barat Cuba ketika hujan lebat dengan kelajuan angin maksimum 120 kilometeri sejam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, taufan tersebut yang melewati Selat Yucatan menuju ke Teluk Maxico merupakan taufan yang paling kuat dalam tempoh beberapa hari.

Pada pukul 3 petang waktu tempatan semalam, taufan itu melewati Tanjung San Antonio, titik paling barat di kepulauan Caribbean, ketika hujan lebat dan angin kencang membadai wilayah Pinar del Rio dan Isle of Youth.

Agensi Pertahanan Awam negara itu telah mengeluarkan amaran taufan bagi kedua-dua wilayah dan mengekalkan pemantauan di wilayah-wilayah barat Artemisa, Mayabeque dan ibu kota Havana.

Menurut ketua meteorologi pulau itu, Jose Rubiera, Michael dijangka terus menjejaskan rantau tersebut pada pagi Selasa sebelum bergerak ke Teluk Mexico.

Trajektori hurikan itu menunjukkan bahawa kekuatannya akan bertambah ketika melewati Teluk Mexico pada pagi Selasa dan Rabu sebelum mendarat di negeri Florida, Amerika Syarikat dengan potensi menjadi ribut kategori 3. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast