SAN FRANCISCO – Google Inc menjadi syarikat yang terbaharu untuk menarik diri daripada Persidangan Pelaburan Arab Saudi.

Arab Saudi telah menerima tekanan sejak wartawan terkemuka Saudi, Jamal Khashoggi, seorang penduduk Amerika Syarikat hilang.

Khashoggi dilihat kali terakhir memasuki  konsulat di Istanbul pada 2 Oktober lalu.

Google dalam kenyataannya memberitaitahu, Ketua Eksekutif,  Cloud Diane Greene tidak akan menghadiri pada Persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan yang akan diadakan di Riyadh pada Oktober 23.

Greene, tidak memaklumkan alasan untuk tidak hadir.

Pemimpin perniagaan lain yang tidak menghadiri persidangan itu, termasuk Ketua Eksekutif Uber, Dara Khosrowshashi.

Sebelum ini, Google telah mengumumkan ia akan berkerjasama dengan Arab Saudi untuk membuka lima hab inovasi di negara itu untuk melatih  teknologi tinggi. – MalaysiaGazette