Zuri singa betina yang menerkam pasangannya hingga mati di Zoo Indianapolis. foto Reuters

INDIANA – Seekor singa betina membunuh pasangannya di sebuah kandang di Zoo Indianapolis.

Zuri, 12, menyerang Nyack yang berusia 10 tahun dan kakitangan di Zoo Indianapolis tidak dapat memisahkan pasangan itu dalam serangan tersebut.

Singa jantan itu mati akibat lemas.

Zuri didakwa telah menerkam leher Nyack meskipun ada usaha oleh kakitangan zoo untuk mengasingkan kedua-duanya.

Singa betina itu hanya melepaskan pasangannya selepas Nyack sudah tidak bergerak lagi.

Kejadian itu hanya disedari oleh kakitangan zoo berkenaan apabila terdengar ngauman luar biasa daripada kandang yang menempatkan pasangan singa terbabit.

Kedua-dua ekor singa itu telah tinggal di kandang yang sama selama lapan tahun, dan mempunyai tiga anak pada tahun 2015.

Dalam catatan di Facebook, zoo berkenaan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh mengetahui punca kejadian tersebut.

“Nyack adalah seekor singa yang luar biasa dan kehilangannya amat dirindui,” menurut Facebook Zoo Indianapolis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast