Seorang ketua balai Polis Tanah Merah, Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah, lima tahun lepas.
SPRM

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pengurus pembangunan perniagaan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas138 pertuduhan rasuah melibatkan nilai melebihi RM2.7 juta.

Tertuduh, Ihsham Shah Chandran Abdullah, 59, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rofiah Mohamad atas semua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan dari tahun 2014 hingga 2017.

Ihsham yang tiba di mahkamah diiringi isteri serta anggota keluarga, dituduh sebanyak 104 pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana membuat tuntutan palsu berjumlah RM2.2 juta berkaitan kursus pengurusan keselamatan kecemasan.

Tertuduh turut dituduh di bawah Seksyen 17 akta yang sama atas 34 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM500,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu di Chukai, Kemaman dan Batu Gajah, Perak.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin selain dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM Kemaman setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah hingga perbicaraan selesai.

Hakim juga menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Nov depan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amira Sariaty Zainal manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast