Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima 823 aduan khususnya berkaitan kenaikan harga barangan sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 Sept lepas.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima 823 aduan khususnya berkaitan kenaikan harga barangan sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 Sept lepas.

KUALA LUMPUR – Kira-kira empat juta pemegang polisi insurans am yang memperbaharui atau membeli polisi mereka semasa tempoh percutian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan terjejas oleh rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Timbalan Pengerusi, Chua Seck Guan berkata, pemegang polisi yang terjejas, termasuk mereka yang membeli atau memperbaharui insurans kemalangan motor, kebakaran atau kemalangan diri mereka semasa tempoh GST berkadar sifar daripada Jun hingga Ogos.

“Apabila mereka membeli atau memperbaharui polisi mereka semasa tempoh cuti cukai, mereka membuat bayaran sekali gus untuk 12 bulan.

“Tetapi tempoh berkadar sifar itu hanya berkuat kuasa mulai Jun hingga Ogos, yang bermakna mereka masih perlu membayar SST untuk baki sembilan bulan mulai September,” katanya semasa sidang akhbar mengenai Sidang Kemuncak Insurans ASEAN Ke-3 (AIS ke-3) yang akan datang di sini, hari ini.

Chua berkata, PIAM telah merayu kepada Kementerian Kewangan (MoF) untuk pengecualian SST.

“Kami memberitahu MoF yang bilangan pemegang polisi yang terjejas seramai empat juta, adalah agak besar. Jadi, masuk akal untuk mereka mempertimbangkan permintaan kami dengan baik,” tambahnya.

Chua berkata, PIAM sepatutnya meluluskan sokongan untuk mengutip cukai yang dikenakan daripada pemegang polisi yang terjejas, tetapi tiada tindakan yang diambil.

“Kami masih menunggu keputusan dari kementerian,” katanya, sambil menambah, pelaksanaan SST tidak akan menjejaskan penjualan insurans am kerana ia merupakan cukai yang perlu dibayar oleh semua orang.

Pada Ogos, PIAM mengeluarkan kenyataan yang menyeru kerajaan untuk menghapuskan SST untuk produk insurans am.

Dalam kenyataan itu, Pengerusi Antony Lee berkata, selain daripada kesan kepada pemegang polisi yang memperbaharui atau membeli produk semasa percutian cukai, SST adalah bertentangan dengan rejim GST, yang tidak dikenakan ke atas polisi insurans yang dibeli oleh individu.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) akan terus meminta kerajaan memasukkan langkah-langkah pelepasan cukai sebagai sebahagian daripada Bajet 2019 akan datang, Presiden Anusha Thavarajah berkata, ia adalah permintaan yang dibuat persatuan tersebut setiap tahun.

“Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk meningkatkan kadar penembusan kepada 75 peratus menjelang 2020 berbanding 54 peratus ketika ini,” katanya.

Dianjurkan oleh Majlis Insurans ASEAN (AIC) dan disokong oleh LIAM dan PIAM, AIS Ke-3 akan diadakan pada 28 Nov di Sasana Kijang (Bank Negara Malaysia) di mana pemain industri akan membincangkan kesan Revolusi Perindustrian Keempat ke atas industri insurans.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast