Ketua DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan bahawa beliau tidak akan mempertahan jawatannya dalam pemilihan parti peringkat negeri pada 9 Disember akan datang.
Tony Pua

KUALA LUMPUR- Cadangan penghapusan tol tetap akan dilaksanakan walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri mengatakan sebaliknya.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua, kutipan tol pasti boleh dihapuskan selepas Kementerian Kewangan mendapatkan angka-angka yang tepat untuk melaksanakannya.

Ini termasuk bayaran pampasan kepada syarikat konsesi dan penyelenggaraan lebuhraya.

“Ia pasti dilaksanakan.

“Berikan kami sedikit masa tetapi ia pastinya boleh dilaksanakan.

“Memang Perdana Menteri telah mengatakan cadangan tersebut tidak boleh dilaksanakan kerana masalah kewangan kerajaan tetapi kami boleh pujuk (PM).

“Tun Mahathir 2.0 lebih mudah dipujuk berbeza dengan Tun Mahathir 1.0,” katanya sambil berjenaka.

Cadangan menghapuskan tol merupakan salah satu daripada janji Pakatan Harapan yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pemerintahannya.

Bagaimanapun, kerajaan tidak mampu melaksanakan cadangan tersebut akibat kekurangan pendapatan dan hutang negara yang tinggi.

Dianggarkan kerajaan perlu membelanjakan sekitar RM40 bilion- RM50 bilion sekiranya mahu menghapuskan tol.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tak apa . kita tunggu. asalkan ada cadangan hati rakyat dah senang . tak dapat tahun ini kita buat tahun depan . dua tiga depan pun tak kesah lah

Comments are closed.