Seorang individu yang menggunakan nama Sultan Mansor Shah III.

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka hari ini membuat satu laporan polis tentang satu majlis ‘pemasyhuran’ seorang individu di laman sosial yang menggunakan nama Sultan Mansor Shah III sebagai ‘Sultan Melaka’, sekitar minggu lepas.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maslina Baki berkata beliau yang mewakili kerajaan Negeri Melaka berkata pihaknya menerima maklumat mengenai majlis pemasyhuran itu dan laporan dibuat untuk bagi membolehkan pihak polis menjalankan soal siasat.

“Saya telah membuat laporan polis dan menunggu siasatan yang akan dilakukan oleh pihak polis,” katanya kepada pemberita di selepas membuat laporan itu di Balai Polis Ayer Keroh di sini hari ini.

Seorang individu yang menggunakan nama Sultan Mansor Shah III dalam sebuah akaun laman sosial Facebook pada Khamis lepas (25 Okt) menyiarkan gambar-gambar mendakwa dirinya ditabalkan menjadi ‘Sultan Melaka’.

Maslina berkata laporan polis itu juga dibuat bagi mengelak berlakunya unsur-unsur yang tidak diingini di negeri ini.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast