KUALA LUMPUR – Sebanyak 52,794 tandatangan berjaya dikumpul setakat pukul 10 pagi ini bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Petisyen tersebut digerakkan oleh sekumpulan peguam diketuai Lukman Sheriff Alias.

Memorandum petisyen Bantah ICERD Penghapusan Hak Bumiputera itu dijangka diserahkan esok di hadapan bangunan Parlimen.

bantah icerdICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa Hak Asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969. Malaysia tidak pernah menandatanganinya apalagi meratifikasinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy baru-baru ni mengumumkan komitmen kerajaan untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk (ICERD) pada suku pertama tahun depan

Selain ICERD, Malaysia masih belum mengesahkan perjanjian antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik, Konvensyen PBB Menentang Penyeksaan, Tidak Berperikemanusiaan dan Menjatuhkan Maruah atau Hukuman.

Turut sama adalah Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan, Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Asasi Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka serta Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Untuk Semua daripada Kehilangan yang Dikuatkuasa. – MalaysiaGazette

Kerajaan ratifikasi enam triti hak asasi suku pertama tahun depan

ARMADA selar kenyataan Waytha Moorthy

TERKINI : MPM Akan Mengadap Majlis Raja-Raja

Pemuda UMNO, NGO, peguam bantah ratifikasi ICERD

Beri sokongan petisyen bantah ratifikasi ICERD

Mengapa cadangan ratifikasi ICERD tidak rujuk Majlis Raja-Raja? – MPM

Ratifikasi ICERD matikan Perkara 153 – Perkasa

Petisyen bantah ratifikasi ICERD kumpul 35,000 tandatangan

Ratifikasi ICERD: Pihak tak bertanggungjawab cuba cetus kebencian

Kerajaan jamin Ratifikasi ICERD tidak jejaskan Perkara 153

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast