KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan berasaskan tahun ke tahun menurun 0.2 peratus pada bulan September 2018 berbanding penurunan 0.3 peratus pada Ogos 2018.

Sektor yang mencatatkan penurunan dalam tempoh ini adalah sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (-16.4%) dan pembuatan (-1.7%).

Ketua Perangkaan, Datuk Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks yang mencatatkan peningkatan adalah perlombongan (+28.9%), bekalan elektrik & gas (+1.0) dan bekalan air.

Perbandingan bulan ke bulan, IHPR pengeluaran tempatan menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2 peratus pada September 2018, peningkatan tertinggi sejak Januari 2017 sebanyak 2.0 peratus.

Kenaikan indeks ini disumbangkan oleh sektor perlombongan (+10.3%), pembuatan (+0.3%) dan bekalan air (+0.2%).
Sebaliknya indeks bagi pertanian, perhutanan dan perikanan serta bekalan elektrik dan gas masing-masing menurun 0.5 peratus dan 0.1 peratus.

IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan meningkat 1.2 peratus pada bulan September 2018.

Katanya, peningkatan ini disebabkan oleh indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (+4.1%), barang siap (+0.8%) dan bahan perantaraan, bekalan & komponen (+0.3%).

Berbanding bulan yang sama setahun lalu, IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan pada September 2018 menurun 0.2 peratus.

Penurunan ini disumbangkan oleh barang siap (-2.7%) dan Bahan perantaraan, bekalan & komponen (-1.5%), sebaliknya, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 7.1 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast