ringgit
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah kebimbangan geopolitik berhubung Laut China Selatan.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1820/1850 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1840 penutup Selasa.

“Ketegangan meningkat dan kenyataan terbaharu oleh AS berhubung perang perdagangan dengan China memburukkan lagi keadaan,” katanya kepada BERNAMA.

Harga minyak mentah yang semakin lemah menyebabkan ringgit susut dengan penanda aras Brent mencatat AS$76.31 satu tong berbanding AS$76.77 satu tong semalam.

“Selain harga minyak lebih rendah, pelabur juga menanti pembentangan Bajet 2019 Jumaat ini. Sehingga itu, permintaan bagi ringgit akan terus berkurangan,” kata peniaga.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0180/0212 daripada 3.0194/0236 Selasa, mengukuh berbanding euro kepada 4.7424/7475 daripada 4.7497/7560.

Ia menokok berbanding pound British kepada 5.3128/3187 daripada 5.3349/3417 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6930/3960 daripada 3.7050/7095. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast