Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (dua kanan) meluangkan masa melawat stesen keretapi diiringi Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad, Mohd Rani Hisham (kanan) pada majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum di Stetsen Keretapi Abdullah Hukum, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 NOVEMBER 2018.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (dua kanan) meluangkan masa melawat stesen keretapi diiringi Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad, Mohd Rani Hisham (kanan) pada majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum di Stetsen Keretapi Abdullah Hukum, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Pemandu teksi perlu mengubah cara untuk mendapatkan penumpang mengikut peredaran masa, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Ia termasuk menggunakan sistem e-hailing sebagai cara untuk mendapatkan penumpang seperti perkhidmatan Grab.

Malah katanya, pemandu teksi yang menyertai e-hailing mempunyai kelebihan kerana boleh mendapatkan penumpang daripada cara tradisional selain menerusi perkhidmatan online.

“Apabila kita katakan menggunakan teknologi bukan beerti meminta pemandu teksi meninggalkan teksi. Teksi boleh terus ada kelebihan kalau guna e-hailing ia boleh mengambil penumpang melalui e-hailing dan juga boleh mengambil penumpang daripada jalan terus,

“Ini menambahkan penumpang kepada pemandu teksi sebab sekarang kalau ikut cara tradisional tidak boleh guna teknologi, orang sekarang ini kebanyakannya nak tempah apa juga perkhidmatan gunakan telefon pintar

Itu yang kita minta dan galakkan pemandu teksi tradisional menerima pakai teknologi, dengan e-hailing supaya ada dua punca dapat penumpang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum hari ini.

Semalam, Anthony ketika sesi penggulngan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk Kementerian Pengangkutan menegaskan bahawa kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan pemandu teksi untuk mengharamkan perkhidmatan syarikat e-hailing , Grab.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan setakat ini hanya 10,000 pemandu teksi yang menyertai perkhidmatan e-hailing.

Anthony juga enggan melayan gesaan yang disuarakan sesetengah pihak terhadapnya untuk letak jawatan ekoran isu kontroversi melibatkan pemandu teksi baru-baru ini.

“Tak apalah, sesiapa pun boleh bercakap. Kebebasan bersuara,” ringkas katanya. -MalaysiaGazette