Gambar hiasan

ALABAMA – Disebabkan mahukan melaram pakaian hantu yang lengkap bagi menyambut Halloween, seorang wanita akhirnya kebingungan apabila gigi palsu hantu yang dipakainya tidak dapat ditanggalkan daripada mulutnya.

Anna Tew berkata, berpakaian zombie tidak lengkap tanpa memakai gigi hantu, lantas beliau membeli gigi tersebut pada harga AS$3.

Dia kemudian meletakkan gam di sekelilingi gigi tersebut dan kemudian menampalnya.

Tetapi apabila Tew cuba menanggalkannya, gigi itu terlalu ketat untuk dikeluarkan.

“Saya terus cuba menanggalkannya sehingga pukul 2 pagi keesokan harinya tetapi gagal. Gam itu terlalu kuat walaupun menggunakan wayar kawat,” katanya.

Dalam keadaan bimbang, Tew bertemu dengan seorang doktor gigi, Dr. John Murphy.

“Murphy bercakap untuk menggunakan gerudi, gergaji bagi menanggalkan gigi palsu itu. Tetapi Murphy tidak menggunakannya kerana khuatir akan menyebabkan gigi saya pula tertanggal,” katanya.

Bagaimanapun selepas melakukan beberapa percubaan, akhirnya gigi palsu itu berjaya dikeluarkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast