Foto Daily Express

LONDON – Jose Mourinho mengaku dia menyesal membeli Alexis Sanchez dan sepatutnya membawa masuk pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic.

Menurut laporan The Times, pengendali Portugal berkata, dia hairan dengan prestasi merudum bekas pemain Arsenal itu dan mendakwa Manchester United tersilap membawa masuk pemain sayap yang sepatutnya.

Mourinhi secara terbuka kecewa dengan tindakan kelab tidak menyambar Perisic.

Mourinho mendedahkan pasukannya kekurangan pemain yang boleh melakukan hantaran dengan baik dan dia kecewa dengan penyudah Sanchez semakin tumpul.

Sanchez juga dikatakan tidak dapat mengikut corak permainan Mourinho .

Sebelum ini, Sanchez menyerlah semasa menang ke atas Juventus namun Mourinho tetap tidak gembira dengan pemain itu.

Pemain kebangsaan Chile itu dikatakan tidak gembira berada di Old Trafford dan sedia berhijrah selepas posisinya diambil alih Anthony Martial.

Sanchez hanya menjaringkan satu gol dalam semua perlawanan musim ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast