Foto The Independent.

LONDON – Bekas penyerang Manchester United dan Everton, Wayne Rooney menegaskan tidak akan kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris walaupun sebagai pemain pinjaman.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata, dia mahu menamatkan karier bola sepak beliau di Amerika Syarikat.

”Apabila saya membuat keputusan berhijrah ke  Liga Bola Sepak Utama (MLS), saya mahu kekal di sana

”Kini saya komited dan penting untuk memberikan sepenuh fokus dan komitmen terhadap DC United,” katanya memetik laporan ESPN.

Bekas kapten Englang itu akan diberikan penghormatan beraksi pada perlawanan antarabangsa terakhirnya bertemu Amerika Syarikat esok.

Dia dijangka diturunkan sebagai pemain gantian bagi memberikan penghargaan kepadanya atas sumbangan hebatnya sepanjang bersama skuad kebangsaan England.

Sebagai rekod,  Rooney telah membuat 119 penampilan antarabangsa dan menjaringkan 53 gol untuk menjadikannya sebagai penjaring terbanyak England sepanjang zaman bagi mengatasi Bobby Charlton di tempat kedua dengan 49 jaringan. – MalaysiaGazette