Messi sudah bersara
Lionel Messi.

BUENOS AIRES – Lionel Messi akan kembali bersama skuad bola sepak kebangsaan Argentina pada tahun depan.

Perkara itu menjadi harapan Pengurus pasukan itu, Jorge Burruchaga.

Bintang popular itu tidak tersenarai dalam mana-mana aksi pasukan kebangsaan sejurus selepas kempen Piala Dunia berakhir 15 Julai lalu.

Messi merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa pasukan Argentina dengan 65 gol.

Tetapi pemain itu sudah bersara dari tugas antarabangsa berikutan kekecewaan dalam kempen Piala Dunia di Rusia.

Jurulatih interim, Lionel Scaloni setakat ini memilih tiga skuad tanpa kapten pasukan.

Majoriti pemain utama pasukan direhatkan sebagai memberi laluan kepada pemain muda dan berbakat.

Messi masih berdiam diri dan tidak mahu mengulas mengenai peluang kembali bersama skuad kebangsaannya, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai kehadirannya pada Piala Copa Amerika tahun hadapan.

Namun menurut Burruchaga, tiada tarikh tetap dimuktamadkan untuk Messi kembali.

“Dia tidak akan kembali ke pasukan kebangsaan sebelum akhir tahun ini,” katanya yang juga bekas pemain Argentina.

Tetapi, beliau pasti Messi akan mengemudi pasukan Argentina pada tahun hadapan.

Messi telah melakukan 128 penampilan bersama Argentina di arena antarabangsa sejak berusia 17 tahun dan mewakili tiga temasya Piala Dunia. – MalaysiaGazette