Bekas Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar UMNO.
Anifah Aman

KOTA KINABALU – Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Datuk Karim Bujang, calon Parti Warisan Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang mencabar kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Parlimen Kimanis.

Dalam penghakimannya, Hakim Supang Lian membenarkan permohonan Anifah, yang difailkan pada 24 Ogos lalu untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan Karim itu, atas tujuh alasan mengikut Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya (EPR) 1954 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya (EOA)1954 yang Karim gagal patuhi.

Beliau turut memerintahkan Karim membayar kos RM30,000 kepada Anifah dan kos RM5,000 kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang merupakan responden kedua dalam permohonan Anifah. – BERNAMA