Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati pihak yang mengkritik cadangan kerajaan untuk ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Dikriminasi Kaum (ICERD) supaya tidak melampaui batas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, dalam sebuah negara demokrasi, rakyat Malaysia berhak dan bebas untuk menyuarakan pendapat namun ia perlu mengikut landasan undang-undang.

“Semua pihak dinasihatkan untuk menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pendapat serta mematuhi segala peruntukan undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya ingin mengadakan himpunan bantahan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, masyrakat juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau bertindak dalam apa juga cara yang boleh menganggu keselamatan dan kententeraman awam.

PDRM akan menjalankan amanah untuk menjaga kententeraman awam dan akan memastikan tidak wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang atau percubaan yang ingin mengambil kesempatan atas isu ICERD.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast