Kim Jong-yang

DUBAI – Polis antarabangsa (Interpol) memilih Kim Jong-yang dari Korea Selatan sebagai Presiden baharu untuk tempoh dua tahun.

Interpol yang dianggotai oleh 194 buah negara anggota memilih Jong-yang untuk menggantikan Meng Hongwei dari China yang hilang sejak bulan September lalu.

Hongwei kemudian melepaskan jawatannya selepas China melakukan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan rasuah.

Pemilihan itu dibuat dalam kongres tahunan di Dubai.

Interpol melalui Twitter berkata, Jong-yang sekarang bertindak sebagai pemangku Presiden akan berkhidmat selama dua sahaja berbanding kebiasaannya empat tahun. – MalaysiaGazette