Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPURA  – Pasaran minyak dibuka dengan sentimen tidak menentu ekoran kenaikan inventori minyak mentah yang memberi tekanan kepada harga.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat didagangkan pada harga AS$53.71 setong naik AS$0.08 berbanding harga penutup.

Manakala niaga hadapan Brent belum didagangkan.

Inventori minyak mentah komersial Amerika Syarikat naik sebanyak 4.9 juta tong kepada 446.91 juta tong minggu lalu, menurut Pentadbir Maklumat Tenaga (EIA) Rabu lalu.

Ia merupakan paras tertinggi sejak Disember tahun lalu.

Pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat kekal pada rekod 11.7 juta tong sehari, kata EIA.

Bimbang dengan situasi semasa, OPEC sedang menimbangkan pengurangan bekalan dalam pertemuan mereka pada 6 Disember ini, meskipun Iran dijangka menolak sebagai pengurangan secara sukarela. – MalaysiaGazette