Prof. Frizzy

KUALA LUMPUR – MAHA 2018 membuka tirai secara rasmi semalam sehingga 2 Disember di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dekat sini.

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) selaku Rakan Strategik MAHA 2018 bersedia menunjukkan komitmen penuh sepanjang 11 hari penganjuranya.

Ketua Pentadbir NAFAS, Razana Ghazali berkata, Pavilion NAFAS terletak di Dewan A yang akan mengetengahkan konsep sebenar from lab to table.

WhatsApp Image 2018-11-22 at 6.35.17 PM
Razana

“Kami mereka bentuk booth NAFAS dengan konsep lab (makmal) sesuai dengan tema from lab to table selain membawa khas seorang selebriti, Anas Ridwan yang akan menjadi ikon saintis, Prof Frizzy.

“Kehadiran Prof Frizzy pastinya menjadi tarikan pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti dan perniagaan NAFAS antaranya proses pembuatan baja (demo), eksperimen sains yang mudah bagi menarik golongan kanak-kanak untuk cintakan bidang pertanian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Prof Frizzy akan memeriahkan Pavilion NAFAS pada hujung minggu iaitu pada 24 dan 25 November selain pada 1 dan 2 Disember.

“Jadi, para penonton jangan lepaskan peluang untuk bertemu selebriti ini yang akan mengadakan demo sains ringkas seperti DIY pembuatan mayonis, aiskrim, sabun dan terrarium.

“Kanak-kanak pastinya akan terhibur dengan pelbagai aktiviti hand on yang akan dilakukan sepanjang 11 hari MAHA untuk menanam rasa cintakan pertanian,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast