Muniroh Kassim

KUALA LUMPUR – Pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim berpendapat tidak berbaloi menaja program televisyen jika penaja dihalang mempromosi produk kepada penonton.

Jelas beliau, apabila terdapat banyak peraturan yang ditetapkan stesen televisyen, tajaan berjuta yang dilaburkan sebenarnya langsung tidak bermakna.

Jutawan kosmetik itu menyarankan stesen televisyen mengeluarkan wang sendiri dan tidak perlu lagi mengharapkan wang tajaan untuk menerbitkan sesebuah program

“Sebagai rakan perniagaan kepada Datuk Aliff Syukri, saya amat terkilan dengan apa yang dilakukan oleh Astro ketika final Gegar Vaganza (GV) musim kelima baru-baru ini.

“Pihak produk tidak patut memalukan beliau yang telah menaja berjuta ringgit. Kalau semua tidak boleh hendak buat dan promosi, apa maknanya bagi phak penaja keluarkan duit.

“Lebih baik Astro tidak payah cari penaja dan keluar wang sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau tampil berkongsi pendapat mengenai kejadian yang menimpa Aliff Syukri yang terkilan kerana pihak produk GV tidak membenarkan belua beberapa orang rakannya yang juga usahawan produk tempatan terkenal tidak menari bersama di atas pentas bagi mempromosikan lagu baharu berjudul Biar Apa Orang Kata.

Sementara itu, produk Natasya sebelum ini pernah menaja beberapa program di televisyen namun menghentikan langkah itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/19/taja-juta-juta-habis-manis-sepah-dibuang-kata-aliff-syukri/