DAMSYIK – Orang awam terus menjadi mangsa gas beracun yang dilancarkan oleh pemberontak di Aleppo, Syria beberapa jam lepas waktu tempatan.

Sekurang-kurangnya lebih 50 dengan rata-rata mereka terhidu gas tersebut sebelum jatuh sebelum dikejarkan ke hospital dengan ada yang sesak nafas dan penglihatan kabur.

Lebih menyedihkan, ada antaranya adalah mangsa kanak-kanak dengan dua daripadanya dalam keadaan kritikal ketika ini.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman yang mengesahkan angka tersebut berkata, peluru gas beracun itu dikatakan memberi kesan sejurus selepas dilancarkan.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh ketua pemberontak dengan mendakwa Damsyik dengan sengaja mencabuli perjanjian gencatan senjata.

Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Aleppo, Essam Al-Shali, gas yang mengandungi klorin itu tersebar dengan cepat kerana angin.

“Peluru berpandu meledak di kawasan kejiranan Al-Khalidiyamalah angin juga menyebabkan ianya tersebar dengan cepat.

Insiden ini berlaku sejurus selepas serangan yang dilakukan oleh kerajaan awal pagi semalam di wilayah berjiran Idlib turut mengorbankan tujuh lagi orang awam. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast