Barisan kepimpinan baharu AMK 2018-2021 Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia baharu selesai membuat pelantikan pemimpin dalam biro politiknya selepas habis kongres PKR 2018 pada Sabtu lalu.

Barisan kepimpinan AMK Malaysia itu adalah bagi penggal 2018-2021 yang menyaksikan gandingan muka baharu dan lama.

Ketua AMK Pusat bagi penggal ini ialah Akmal Nasrullah Nasir, manakala  Timbalan Ketua, Hilman Idham dan Naib-Naib Ketua, Mohd Nazree Mohd Yunus, Jestin Raj Savarimuthu, Thiban Subbramaniam, Syed Badli Shah Syed Osman dan Bryan Chua Chun Han.

Anggota Exco AMK pula dibarisi Muhammad Saiful Bahari Sahari, Mohd. Faizal Mohd. Yusak, Sarawanan Selvarajoo, Dr. Ahmad Kusyairi Khalid, Mohd. Izad Buqhary Mohd. Kamri, Ahmad Khairul Mohamed Noor dan Nagarajan Kaniappan.

Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin, Kamis Burhan, Mohd. Aizuddin Ariffin, Muhammad Arif Mukhtar, Nik Mohd. Faris Syazwan Zainuzzaman, Mohd. Akmal Hisham Ahmad Tamyiz, Athina Klaywa Sim, Wan Mohamad Fitri Wan Abdul Rahim dan Ong Jing Cheng turut membarisi kepemimpinan baharu sayap PKR.

Turut tersenarai sebagai anggota Exco AMK ialah Muhamad Affandi Abdul Malik, Mohd. Saifullah Mohd. Zulkifli, Khairul Anuar Musa, Firdaus Yusoff @ Mad Iban, Fasyarini Azhari, Muhamad Alif Asyraf Abdul Rahim, Mohd. Umry Abdul Khois, Rafain Ahuar dan Shariful Azmir Mustafa.

Bagi biro politik pula, Ahmad Syukri Che Ab. Razab dilantik sebagai setiausaha, Muhammad Naqib Nasaruddin (Penolong Setiausaha), Simon Ooi Tze Min (Bendahari), Mohd Khairul Anuar Azhan (Timbalan Bendahari), Chua Wei Kiat (Setiausaha Pengelola) dan Faris Abdullah (Setiausaha Kerja).

Jawatan ketua Ketua Penerangan diisi oleh Muhammad Affendy Hasni; Pengarah Komunikasi, Wong Chun Yuan; Pengarah Strategi, Mohd Afiq Mohd Tuminan; Pengarah Pilihanraya I, Fahmi Zainol; Pengarah Pilihanraya II, Saifunnizam Sam; dan Biro Disiplin, Arvindran P. Patmanathan. – MalaysiaGazette