Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (enam kiri) bergambar bersama penerima anugerah pada Anugerah Akademik Negara Ke-12 di Hotel Marriot, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 27 NOVEMBER 2018

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan isu meroboh rumah ibadat seperti kuil tidak akan berlaku pada masa depan.

Kata beliau, kerajaan mempunyai cara tersendiri bagi menangani insiden seperti kuil Sri Mariamman di Seafields USJ 25 dekat Subang Jaya daripada berlaku.

“Nak cari benda masa depan? Perkara seperti itu (meroboh kuil) tidak akan berlaku lagi. Masa depan tidak akan berlaku lagi.

“Kita ada cara untuk larang perkara seumpama itu berlaku lagi,” katanya ringkas kepada pemberita ketika di temui selepas Majlis Anugerah Akademik Negara (ANN) di sini malam tadi.

Perdana Menteri juga berkeyakinan dalang berhubung insiden rusuhan sehingga mengakibatkan ketegangan sejak dua hari lepas akan diseret ke muka pengadilan.

Sebelum itu, petang tadi, Mahathir juga memaklumkan insiden yang berlaku merupakan kejadian jenayah dan tidak ada kaitan dengan masalah perkauman.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/27/kerajaan-sifatkan-rusuhan-di-kuil-sri-mariamman-ada-unsur-jenayah/