Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti┬ápatuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS).

Senarai kemas kini yang berkuat kuasa mulai 30 November 2018, mengandungi 689 sekuriti patuh Syariah. Sekuriti-sekuriti ini mewakili 76 peratus daripada 902 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia.

SC berkata, senarai tersebut termasuk 33 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah manakala 34 sekuriti telah dikeluarkan daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada Mei 2018.

Senarai penuh yang dikemas kini dua kali setahun berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang telah diaudit, boleh didapati di laman sesawang SC iaitu www.sc.com.my.

Senarai kemas kini seterusnya akan diterbitkan pada Mei 2019, berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit yang dikeluarkan sehingga 31 Mac 2019. – MalaysiaGazette