Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak akan didakwa hari ini sebagaiama yang dilaporkan media semalam.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahli Parlimen Padang Terap itu tidak akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur.

“Tidak (Datuk Seri Mahdzir Khalid) akan didakwa hari ini,” demikian menurut sumber SPRM.

Media pada Selasa melaporkan Mahdzir akan ditahan SPRM.

Penahanan itu dibuat berkaitan projek solar bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah di kawasan pedalaman di Sarawak.

Semalam, beliau hadir ke ibu pejabat SPRM pada jam 10 pagi dan keluar kira-kira 8 jam kemudian.

Naib Presiden UMNO itu dipanggil untuk dirakam percakapan dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan projek bersepadu sistem solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan penyelenggaraan dan operasi genset diesel bagi sekolah di Sarawak.

Mahdzir sebelum ini pernah dipanggil SPRM bagi memberi keterangan selama lima jam berhubung kes sama.

Sebelum ini, bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib, Datuk Rizal Mansor ditahan SPRM sebelum direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.

Pada 15 November lalu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa bersama Rizal didakwa menerima rasuah berkaitan dengan projek tenaga solar berkenaan.

Rosmah yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Rizal pula menghadapi empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berhubung projek sama, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang  penjamin. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast