Mahinda
Mahinda Rajapaksa yang dilantik sebagai PM baharu Sri Lanka memulakan tugasnya di pejabat pada Oktober lalu. - Reuters

COLOMBO – Parlimen Sri Lanka telah meluluskan usul memotong gaji dan juga segala perbelanjaan perjalanan menteri Kabinet negara itu.

Ia didakwa sebagai langkah menghalang pentadbiran Mahindra Rajapaksa dengan para penyokongnya memboikot proses undi tersebut.

Usul itu diluluskan dengan sokongan 122 daripada 225 anggota Parlimen diikuti undi pada Khamis untuk memotong bajet Pejabat Perdana Menteri.

Masih belum jelas bagaimana tindakan baharu tersebut akan berkuatkuasa sedangkan orang setia Mahinda mengisytiharkan tindakan Parlimen itu sebagai tidak sah. – MalaysiaGazette