Ringgit gagal mengekalkan kenaikannya semalam apabila dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS apabila para pelabur beralih kembali kepada aset lebih berisiko, kata para peniaga.

KUALA LUMPUR –  Dagangan ringgit minggu depan akan amat dipengaruhi oleh hasil pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping, yang sangat dinantikan, di luar sidang kemuncak G20 di Argentina.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, perkembangan penting yang positif daripada mesyuarat itu pada Sabtu, ketika ketegangan perdagangan berlarutan, akan menjadi penyelesaian terbaik bagi ringgit sebagai aset pasaran pesat membangun.

“Resolusi kepada kemelut perdagangan itu akan menjadi penyelesaian terbaik bagi minat risiko dan pasaran Asia pada masa ini. Bagaimanapun, jika pertemuan itu tidak memuktamadkan persefahaman yang baik, kita boleh menjangkakan risiko pelabur akan menjual aset berisiko dan membeli aset yang dianggaop selamat minggu depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil negatif daripada mesyuarat itu juga mendorong krisis perdagangan akan berterusan sehingga tahun depan.

“Ini kekal sebagai risiko paling ketara bagi ringgit untuk susut kepada paras 4.20 berbanding dolar AS kesan daripada minat belian yang lemah bagi pasaran pesat membangun disebabkan kebimbangan terhadap perang perdagangan,” katanya.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik Oanda, Stephen Innes berkata pasaran turut akan memantau perkembangan berkaitan kemungkinan perjanjian pengurangan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Rusia minggu depan.

Beliau berkata dengan peniaga telah menetapkan harga dalam satu juta tong sehari, ia akan melaksanakan pengurangan yang lebih banyak untuk mendorong pasaran kepada peningkatan pembelian bagi menampung kekurangan.

“Jika sebaliknya, pasaran akan terjejas susulan sentimen lemah berpanjangan yang akan terus mendorong harga rendah disebabkan pengurangan pengeluaran itu mungkin tidak cukup untuk menurunkan paras lebihan bekalan,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding dolar AS dengan sentimen pasaran dipengaruhi kenyataan pegawai kanan Rizab Persekutuan AS mengenai arah kenaikan kadar faedah.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, unit tempatan meningkat kepada 4.1820/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 pada minggu sebelumnya.

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0499/0546 daripada 3.0489/ 0530 minggu lepas dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.6843/6903 daripada 3.7150/7189.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3375/3443 daripada 5.3855/3927 dan kukuh berbanding euro kepada 4.7545/7619 daripada 4.7680/7730. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast