KUALA LUMPUR – Pengauditan yang telah dijalankan terhadap 148 penyata kewangan agensi bagi tahun kewangan 2017 mendapati sebanyak 110 penyata kewangan telah diberi Pendapat Tanpa Teguran.

Manakala 17 lagi laporan diberi Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matter, enam diberi Pendapat Berteguran,
satu (1) diberi Pendapat Bertentangan dan satu diberi Penafian Pendapat manakala 13 penyata kewangan masih belum dimuktamadkan.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 berkata, selain itu, dua penyata kewangan tahun 2016 yang tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 Tahun 2016 kerana lewat dikemukakan.

Bagaimanapun, ia telah dikeluarkan Laporan Ketua Audit Negara pada bulan September dan Oktober 2017.

Agensi tersebut, iaitu Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Lembaga Ahli Geologi Malaysia dengan masing-masing
telah diberi Pendapat Tanpa Teguran. Bilangan penyata kewangan mengikut jenis pendapat Audit yang diberikan bagi tahun 2014 sehingga 2017

Bagi tahun kewangan 2017, sebanyak 98 penyata kewangan Badan Berkanun Persekutuan, 10 penyata kewangan Kumpulan Wang Persekutuan dan Akaun Amanah serta dua agensi lain telah diberikan Pendapat Tanpa
Teguran.

Sebanyak 16 penyata kewangan Badan Berkanun Persekutuan dan satu penyata kewangan Kumpulan Wang Persekutuan dan Akaun Amanah bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 telah diberikan Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matter. – MalaysiaGazette