Menteri Tenaga Manusia, M. Kula Segaran.
M. Kula Segaran.

KUALA LUMPUR –  Kementerian Sumber Manusia akan mewajibkan pihak majikan membuat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk 1.8 juta pekerja asing mereka bermula 1 Jan 2019.

Menterinya M. Kula Segaran berkata, perkara itu diluluskan kabinet, di mana tempoh setahun akan diberi kepada majikan bermula 1 Jan 2019 hingga 1 Jan 2020 untuk mereka menyelesaikan urusan pampasan pekerja yang tertunggak sebelum mula mendaftarkan mereka dengan caruman itu.

“Bermula 1 Jan 2019, majikan perlu mencarumkan pekerja asing mereka dengan caruman PERKESO dan ini melibatkan seramai 1.8 juta pekerja asing yang ada dalam negara, tetapi majikan akan diberi tempoh setahun untuk mereka menyelesaikan urusan pampasan pekerja yang tertunggak sebelum mendaftarkan mereka dengan PERKESO.

“Dalam tempoh setahun itu juga, PERKESO akan turun padang bagi memberi konsultasi dan membantu pihak majikan berkaitan urusan bayaran pampasan tertunggak dan pendaftaran caruman pekerja,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di Bangunan Parlimen hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Tan Sri Azman Shah Haron dan jPresiden Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor.

Pihak kementeriannya juga bercadang untuk meminda beberapa akta pekerjaan dan ia akan dirunding dengan pihak majikan dan pekerja sebelum dibawa dan dibentang di Parlimen, kata Kula Segaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast