Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang ketika hadir bagi memberi kenyataan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 05 DISEMBER 2018

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi mendapatkan keterangan kes berkaitan pindaan laporan audit membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2017.

Ini kali kedua beliau dipanggil oleh SPRM berhubung dakwaan pindaan tersebut.

Beliau yang menaiki kereta Proton Perdana V6 memasuki perkarangan ibu pejabat SPRM tepat jam 2 petang.

Pada 26 November lalu, Ambrin dipanggil memberikan keterangan berhubung kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.

Antara pengguguran maklumat itu termasuklah membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Menurut Madinah, antara individu yang turut terbabit dalam pindaan itu termasuk bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd Salleh; Ali; Ambrin dan Arul.

Terdahulu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad tiba di SPRM kira-kira jam 10.25 pagi tadi untuk dirakam keterangan berhubung kes yang sama. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast