Jerebu tebal menyelubungi kawasan kampus Samarahan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak sehingga menjejaskan jarak penglihatan dan suasana persekitaran. foto Facebook Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak.

KUALA LUMPUR – Tiada kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat 9 pagi ini, manakala hanya enam kawasan merekodkan bacaan tidak sihat.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 185, diikuti Sri Aman (174), Samarahan (156), Kuching (156) dan Sibu (109).

Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan IPU 120.

Secara keseluruhan, sebanyak 54 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala lapan kawasan lagi mencatatkan bacaan tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 301 dan ke atas (berbahaya). – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here