Ringgit gagal mengekalkan kenaikannya semalam apabila dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS apabila para pelabur beralih kembali kepada aset lebih berisiko, kata para peniaga.

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US kerana aktiviti pengambilan untung muncul selepas mata wang tempatan itu didagangkan tinggi berbanding dolar US sejak empat hari lalu.

Pada 9.02 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1540/1590 berbanding dolar US daripada penutup Selasa sebanyak 4.1450/1500.

Seorang peniaga berkata, penurunan harga minyak mentah, ditambah dengan kebimbangan sama ada Amerika Syarikat dan China akan dapat menyelesaikan perang perdagangan mereka berikutan rundingan baru-baru ini, juga menghambat minat pelabur.

“Faktor ini juga mempengaruhi prestasi ringgit,” tambahnya.

Pada pembukaan, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.0399/0455 daripada 3.0393/0441 pada Selasa dan lemah berbanding yen kepada 3.6813/6867 daripada 3.6756/6810.

Bagaimanapun, berbanding euro, ringgit meningkat kepada 4.7102/7163 daripada 4.7299/7376 dan meningkat berbanding pound kepada 5.2810/2886 daripada 5.3089/3166.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast