- Datin Seri Rosmah Mansor akan menfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kes saman sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan yang menuntut beliau memulangkan 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta pukul 8.30 pagi tadi bagi sebutan semula 17 pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA).

Isteri bekas perdana menteri itu tampil berbaju kurung merah jambu ditemani suami, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Norashman.

Rosmah pada 4 Oktober lalu didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram dengan cara membenarkan kemasukan wang berjumlah lebih RM7 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lima pertuduhan gagal membuat penyata pendapatan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast