Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail. - foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 02 OGOS 2018
Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail. - foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 02 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjelaskan sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada hari Sabtu ini mengikut tarikh yang diputusakan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan merasmikan sambutan yang akan diadakan di Petaling Jaya.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, pada dasarnya, Suhakam menyokong prinsip hak perhimpunan secara aman.

Suhakam membuat kenyataan itu bagi mengulas laporan beberapa media yang mendakwa keputusannya menganjurkan himpunan pada hari yang sama dengan perhimpunan 812 menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sengaja mewujudkan provokasi.

Ini kerana, sejak ditubuhkan 19 tahun lalu, sambutan Hari Hak Asasi Manusia telah diadakan setiap 10 Disember atau lewat sehari atau dua hari selepas tarikh berkenaan.

Razali dalam kenyataannya berkata, dakwaan beberapa individu yang menyatakan kehadiran Dr Mahathir bertujuan untuk menganggu perhimpunan ICERD pada hari sama bertujuan menjejaskan reputasi Suhakam di mata awam adalah bersifat politik. – MalaysiaGazette