COLLEGE STATION – Mayat bekas Presiden Amerika Syarikat, George H.W Bush akan dikebumikan di Texas hari ini selepas majlis penghormatan negara diadakan di Washington, semalam.

Majlis itu dihadiri oleh Presiden Donald Trump dan empat bekas Presiden yang masih hidup serta pemimpin dan diplomat asing.

Keranda yang membawa mayat Bush dibawa menaiki keretapi dari Houston ke College Station, Texas oleh pasukan tentera.

Bush, Presiden ke-41 Amerika Syarikat meninggal dunia pada Jumaat lalu pada usia 94 tahun, sebelum itu ditempatkan di Gereja Episcopal St Martin, sebelum disemadikan di sini.

Mendiang akan dikebumikan di sebelah kubur isterinya, Barbara dan anak perempuannya, Robin.

Majlis itu disaksikan oleh anak-anaknya termasuk George W. Bush, bekas Presiden Amerika Syarikat ke-43.

Bush, Presiden ke-41 Amerika Syarikat meninggal dunia pada Jumaat lalu pada usia 94 tahun, telah ditempatkan di Gereja Episcopal St Martin, sebelum disemadikan di sini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast