KUCHING – Polis menahan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan bagi membantu siasatan kes liwat lelaki berusia 25 tahun di sebuah rumah di Batu Kawa pada 1 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bolhassan berkata suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan di perkarangan Balai Polis Kota Sentosa pada 4.50 petang semalam.
“Hasil siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
— BERNAMA