maszlee
Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018 setelah dibacakan buat kali kedua dan ketiga.

Turut diluluskan dua lagi RUU iaitu Rang Undang-undang Institusi Pelajaran (Tatatertib)(Pindaan) 2018 dan Rang Undang-undang Institusi Pendidikan

Bacaan kedua dan ketiga telah dibentangkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Menurut Maszlee, pindaan ini bertujuan memberi lebih banyak ruang dan kebebasan kepada pelajar dalam bersuara dan berpolitik di dalam kampus.

Jelasnya, beliau komited untuk memansuhkan peruntukan yang menghalang aktiviti berpolitik di dalam kampus seperti janji manifesto.

“Pemansuhan Seksyen 15(2)(c) selari dengan transformasi politik yang dibawa oleh Kerajaan dalam mengukuhkan institusi dekmokrasi terutamanya dalam memberi lebih ruang kepada pelajar universiti untuk bersuara.

Jelas Maszlee lagi, Kementerian telah mengadakan beberapa sesi ‘facts finding’ bersama pemegang taruh untuk melihat persepsi dan kesediaan pemegang taruh untuk memansuh atau meminda AUKU.

“Hasilnya, pihak mengesyorkan agar mempercepatkan pindaan berkaitan pelajar terutamanya dalam memansuhkan Seksyen 15(2)(c) AUKU berhubung halangan untuk pelajar universiti terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus.

“Kementerian turut memansuhkan peruntukan yang menghalang pelajar universiti terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus iaitu Seksyen 15 (2)(c) AUKU melalui pelaksanaan jangka masa pendek,” ujarnya.

Maslzee turut melahirkan harapan tinggi para mahasiswa memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya dengan penuh tanggungjawab.

“Kerajaan komited untuk menghapuskan AUKU demi mengangkat martabat universiti dan para mahasiswa di negara ini. Perkara ini adalah selari dengan hasrat Kementerian untuk menghasilkan graduan yang seimbang dan berupaya untuk menyuarakan pendapat mengenai isu semasa.

“Transformasi politik yang dibawa oleh kerajaan mengukuhkan institusi demokrasi terutamanya dalam memberi kebebasan kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti berpolitik di dalam kampus,” tegasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast