Meng Wanzhou

OTTAWA – Ketua Pegawai Kewangan Huawei dibebaskan selepas dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Kanada.

Meng Wanzhou ditahan pada 1 Disember lalu dan mungkin diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menghadapi pertuduhan melakukan penipuan berhubung sekatan Iran.

Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak C$10 juta (AS$7.4 juta).

Meng akan berada di bawah pemantauan selama 24 jam sehari dan perlu memakai tag elektronik pada buku lali.

Wanita berusia 46 tahun itu adalah anak pengasas Huawei dan penahanannya menimbulkan kemarahan China, sekaligus menjejaskan hubungan antara Kanada dan Washington.

Bagaimanapun, Presiden Donald Trump berkata, beliau bersedia untuk campur tangan dalam kes ini bagi mengelakkan hubungan kedua-dua negara menjadi lebih keruh.

“Apa sahaja baik untuk negara, saya akan lakukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast