Laman Rasmi Facebook Tunku Mahkota Johor.

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap Malaysia dan Singapura dapat mencari penyelesaian ‘menang-menang’ berhubung isu Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) dan had pelabuhan.

Menerusi entri terbaharunya di laman Facebook, Tunku Ismail menegaskan, kedua-dua negara berjiran itu tidak sepatutnya  terperangkap dengan isu yang tidak wajar berlaku.

“Di sebelah kanan saya ialah Prem Singh dari Unit Cawangan Khas, Singapura. Beliau sudah menjaga saya selama sembilan tahun, di sebelah kiri saya pula adalah Leftenan Kolonel Samsyawal Muhamad dari ATM (Unit Gerak Khas), yang merupakan rakan ‘sniper’ saya ketika saya menjalani kursus Pegawai Muda di PULADA pada tahun 2002.

“Beliau sudah bekerja dengan saya sejak tiga tahun yang lalu. Saya tidak perlu memperkenalkan diri saya, saya dari Johor.

“Di sini saya berada di tengah-tengah antara Singapura dan Malaysia. Kami bertiga adalah rakan baik, bekerjasama dengan baik dalam organisasi yang sama,” katanya dalam kenyataan itu.

Tunku Ismail mengulas isu berkaitan ILS dan had pelabuhan yang menjadi perdebatan hangat sejak awal bulan ini.

“Saya berharap kedua-dua negara dapat mencari penyelesaian ‘win-win situation’ untuk sama-sama berjaya dan tidak terperangkap dengan isu yang tidak sepatutnya berlaku,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Pakar akan bincang isu ILS – Anthony Loke

Siar ILS, Malaysia hantar nota bantahan kepada Singapura

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast