Gambar pemimpin-pemimpin UMNO menikmati makan malam yang disediakan semasa pertemuan dengn TUn Dr Mahathir Mohamad.
Gambar pemimpin-pemimpin UMNO menikmati makan malam yang disediakan semasa pertemuan dengn TUn Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – “Ceritanya begini. Ia berlaku pada 22 Oktober atas pemintaan watak-watak dalam gambar ini,” tulis A. Kadir Jasin dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Watak-watak yang dimaksudkan itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa pemimpin UMNO lain termasuk Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Catatan Kadir itu merujuk kepada gambar pemimpin-pemimpin berkenaan menikmati makan malam bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang tular sejak semalam. Kumpulan itu juga turut bergambar kenangan bersama perdana menteri.

Menceritakan kisah pertemuan itu, beliau berkata: “Perdana Menteri yang dulu mereka maki dan caci jamu mereka makan malam.

“Kalau zaman raja-raja dulu kala boleh jadi dah mati kena racun.”

Mengulas lanjut, Kadir membuat telahan bahawa mesti ada di kalangan pemimpin berkenaan yang berharap pertemuan dengan Dr Mahathir itu boleh memberikan mereka talian hayat.

Tetapi , katanya, mereka silap besar apabila pada 15 November,  Adnan Mansor (Tengku Adnan) dituduh di mahkamah kerana rasuah.

“Jumpa PM perkara biasa. Keluar masuk parti pun perkara biasa juga. Tetapi jenayah tetap jenayah.

“Wallahuaklam,” tulis Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN Tok Mat jumpa Tun M bukan dalang tapi halang UMNO diharamkan

Sebelum ini ada pihak yang mengesahkan perjumpaan dibuat antara ahli MT UMNO dengan Dr Mahathir itu hanyalah semata-mata untuk mencari jalan penyelesaian serta menolak daripada sebarang usaha untuk mengharamkan UMNO.

Pertemuan itu didakwa sebelum berlangsungnya PRK Port Dickson. Bagaimapun catatan Kadir yang menyebut tarikh 22 Oktober bercanggah dari pendedahan asal kerana PRK Port Dickson berlangsung pada 13 Oktober 2018.  – MalaysiaGazette