KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih atas kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim.
“Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau,” katanya twitternya malam ini.
Allahyarham Muhammad Adib, anggota bomba yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd. Kassim akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi.
Sebelum itu, allahyarham menjalani rawatan selama tiga minggu di Institut Jantung Negara.
Dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga sedih dengan pemergian Muhammad Adib.
“Saya berasa amat sedih. Selepas sesi live tadi saya dimaklumkan bahawa anggota bomba kita Muhammad Adib Mohd Kassim telah pulang ke rahmatullah,” katanya dalam status media sosialnya malam ini.- MalaysiaGazette
http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/17/muhammad-adib-meninggal-dunia/