Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan memberitahu, beliau tidak akan sekali-kali keluar dari UMNO.

Katanya, beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu mewakili UMNO dengan lambang Barisan Nasional (BN).

“UMNO telah banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

“Saya (pula) telah aktif sejak awal, jadi Pengerusi Kelab UMNO Wellington, New Zealand,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya, hari ini.

Beliau menjelaskan pendiriannya untuk terus kekal bersama UMNO berikutan 17 daripada 54 Ahli Parlimen mewakili parti itu telah lompat parti dalam tempoh tujuh bulan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran.

Menurut Ahmad Maslan, beliau bersama UMNO demi agama, bangsa dan tanah air. – MalaysiaGazette