Jonathan William Herbert

GEORGIA – Seorang guru dipenjarakan selama 30 hari selepas menggigit punggung pelajar perempuan yang berusia 14 tahun.

Selain hukuman itu, Jonathan William Herbert juga dikenakan hukuman pengawasan selama empat tahun.

Suspek juga didakwa mabuk di tempat awam dan melakukan rasuah susulan daripada insiden itu.

Guru tersebut telah didakwa meraba bahagian sulit tanpa kebenaran tetapi pertuduhan itu telah ditarik semula oleh Pejabat Peguam Negara kerana pendakwa raya bimbang kes itu tidak dapat mempengaruhi.

Berdasarkan terma pengawasan, guru berkenaan juga tidak dibenarkan mengajar sepanjang tempoh berkenaan.

Malah, beliau juga tidak dibenarkan berada di kawasan ‘kanak-kanak berkumpul’,

Berdasarkan dokumen-dokumen mahkamah, sebaik sahaja Herbert selesai tempoh pengawasan, kes itu akan dilepaskan tanpa pengadilan bersalah.

Herbert didakwa melakukan insiden itu pada 4 Julai tahun ini ketika mangsa sedang bermain bola tampar di Tasik Lanier.

Suspek didakwa berenang dan kemudian menggigit punggungnya.

Bagi melepaskan laporan yang dibuat, guru berkenaan turut didakwa menawarkan sejumlah AS$200 kepada seorang pegawai polis. – MalaysiaGazette