Nik Omar Nik Abdul Aziz (kanan) dan Zolkharnain Abidin memulakan tigas di YADIM hari ini.

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu, Nik Omar Nik Abdul Aziz dan timbalannya,
Zolkharnain Abidin secara rasminya memulakan tugas mereka hari ini.

Kedua-duanya tiba di ibu pejabat YADIM di sini pukul 9.45 pagi dan disambut oleh barisan kepimpinan YADIM sebelum dibawa beramah mesra dengan kakitangan YADIM.

Selesai acara simbolik mengetik kad perakam waktu, mereka di bawa ke sesi ramah mesra bersama kepimpinan YADIM sebelum diberikan taklimat mengenai badan dakwah ini oleh Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Redhaudin Kamaruzaman serta Pengurus Besar Operasi, Mohd. Fuad Samsudin.

Nik Omar merupakan Yang Dipertua YADIM yang 13 sejak badan dakwah ini ditubuhkan pada 1974.

4c0de9e7-668e-47d3-96d3-195e46d66f50Beliau menggantikan Dr Yusri Mohamad yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Oktober 2018 lalu.

Pelantikan beliau diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf pada 14 Disember lalu.

Pelantikan mereka adalah berdasarkan Klausa 8(c) Perlembagaan YADIM yang menyatakan bahawa semua pelantikan Yang Dipertua YADIM dan Timbalan Yang Dipertua YADIM adalah di
bawah keputusan Perdana Menteri.

YADIM adalah sebuah badan amanah yan didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri Malaysia.

Ia ditubuhkan sebagai sebuah badan yang bertindak bagi menyelaras aktiviti serta program dakwah terutamanya oleh badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini. – MalaysiaGazette