Jerome Powell

WASHINGTON – Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah buat kali keempat dengan mengumumkan kadar pinjaman semalamam kepada 2.25 hingga 2.50 peratus.

Pengerusi Rizab Persekutuan, Fed Jerome Powell berkata, bank pusat akan terus mengurangkan lembaran imbangannya sebanyak AS$50 bilion setiap bulan.

Pengumuman itu dibuat selepas beberapa minggu pasaran mengalami turun naik hingga Presiden Donald Trump meminta Rizab Persekutuan menghentikan kenaikan kadar faedah.

Susulan pengumuman kenaikan itu, saham-saham dan hasil bon susut dengan ketara.

Powell turut memberi isyarat bahawa ada lagi kenaikan secara berperingkat-peringkat.

“Mungkin Rizab Persekutuan sudah mengakui kesilapan dalam polisi mereka,” kata Fritz Folts, Ketua Strategi Pelaburan 3Edge Asset Management.

Bagaimanapun, para pedagang mengunjurkan Rizab Persekutuan tidak akan menaikkan kadar faedah pada tahun depan. – MalaysiaGazette