TERKINI : “NAFAS Masih Digantung” – Salahuddin Ayub

Tempoh penggantungan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang berkuatkuasa sejak 1 Jun lalu akan berakhir pada 15 Januari depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, NAFAS yang digantung selepas dikesan menghadapi masalah serius akan berfungsi seperti biasa selepas tempoh penggantungan itu tamat.

“NAFAS masih digantung sehingga 15 Januari 2019. “Selepas itu NAFAS akan bergerak macam biasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-45 di Hotel Everly, di sini, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast