David Beckham

LONDON – Laporan yang mengatakan bekas bintang bola sepak, David Beckham akan ke angkasa lepas adalah tidak benar.

Daily Mail berkata, wakil bekas pemain Manchester United memberitahu, Beckam tidak berminat dengan ekspedisi itu sekali gus menjadi pemain bola sepak pertama yang berbuat demikian.

Suami kepada Vicotria, bekas penyanyi kumpulan Spice Girls sebelum ini pernah beberapa kali dihampiri beberapa agensi dan firma penjelajahan ke angkasa.

Menurut perancangan, mereka mahu Beckham, 43, menyertai penjelajahan itu dengan menaiki kapal angkasa untuk mengelilingi bulan.

“Ia tidak benar,” ujar wakilnya dalam satu jawapan ringkas sebaik diajukan soalan itu.

Dakwaan itu timbul berikutan satu laporan yang mengatakan sudah lama menjadi hasrat Beckham untuk melancong ke angkasa lepas.

Malah, anak-anaknya juga dikatakan menyokong penuh hasrat itu serta menyifatkan ia sesuatu yang hebat.

Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan ke angkasa lepas ialah Virgin Atlantic yang akan menghantar pelancong sejauh 360,890 kaki dari permukaan bumi.

Pemiliknya, Richard Branson juga dikatakan meluahkan hasrat agar bintang itu menyertai ekspedisinya ke angkasa lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast