SUSSEX – Polis United Kingdom berkata dua orang telah ditahan kerana disyaki melakukan ‘jenayah pengunaan dron’ dalam kes Lapangan Terbang Gatwick.
Polis Sussex berkata, dua individu telah ditahan pada pukul 10 malam waktu tempatan, lapor AP.
Polis tidak mendedahkan umur dan jantina kedua-dua suspek itu selain tidak menyatakan di mana mereka ditahan. Mereka belum lagi didakwa.
Polis telah memburu pengendali dron sejak ia dilihat pertama kali di atas lapangan terbang yang sibuk di selatan London pada petang Rabu lalu.
Berpuluh-puluh ribu pengembara terkandas atau menghadapi kelewatan berikutan penutupan lapangan terbang itu yang berpanjangan disebabkan faktor keselamatan.
Penerbangan diteruskan pada awal pagi Jumaat kecuali 70 minit apabila lapangan terbang itu ditutup selepas dron dilihat pada petang semalam. – Agensi