Norman Abdul Halim (tengah).

KUALA LUMPUR – Music Rights Malaysia (MRM) optimis dapat mencapai sasaran jumlah kutipan pendapatan dan royalti sebanyak RM100 juta tahun ini.

Seorang daripada anggota Lembaga Pengarah MRM, Datuk Norman Abdul Halim berkata setakat Jumaat (21 Dis) jumlah invois yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM92.3 juta dan jumlah royalti yang berjaya dikutip ialah RM66.8 juta.

“Jumlah ini tidak termasuk satu kontrak bernilai RM21 juta yang sepatutnya ditandatangani pada tahun ini. Kontrak itu tertangguh kerana perlu dipersetujui oleh ketiga-tiga badan pelesenan MRM dan sekiranya dapat diselesaikan, jumlah kutipan sudah melebihi RM87 juta,” katanya kepada Bernama di sini.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast